Friday, July 26, 2013

Takdir.


Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt & Hi, Silent Readers :)



(21 September 1994 - 22 April 2010)
3 tahun berlaluu.. 
Penat. Kesedihanku semakin melarat. Rindu yang semakin memberat, hati bagaikan di siat-siat.

Di keheningan malam , tatkala sedang leka menonton televisyen tiba-tiba "prang", gelas yang aku pegang terhempas ke lantai dengan sendirinya tanpa aku sedari, hatiku tertanya-tanya adakah kerana kelekaanku yang teringat pada rakan karibku Nurul Huda binti Rosalan yang telah ergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Namun kenangan bersamanya tak dapat aku lupakan. 

Suatu hari, aku ditawarkan untuk mengikuti rombongan bersama rakan-rakan ku yang lain ke Karnival. Pada waktu itu, kami berasa gembira dan sebulan suara mengatakan "YA". Kami begitu teruja kerana tidak perlu mengikuti kelas pada hari tersebut. Tidak lama kemudian, Huda masuk ke kelas selepas selesai menjalani latihan kawad kaki. Aku pun mengajaknya untuk ikut serta ke rombongan itu, Tetapi Huda tidak dapat mengikutinya kerana dia akan meyertai pertandingan kawad kaki pada hari yang sama. Namun aku mengerti, pada riak wajahnya, aku dapat melihat dengan jelasterpancar rasa kecewa dalam dirinya kerana tidak dapat menyertai kami. 

Selepas rombongan itu, aku dan teman lai berasa amat bangga melihat wajah kami terpampang di surat khabar yang agak terkenal di negara ini. Tapi tak lah sebesar gambar Siti Nurhaliza yang boleh dijadikan poster. Aku pun menunjukkannya kepada Huda, gambar yang menjadi kebanggaan ku yang telah siap dibingkaikan. Huda dengan bangganya mengatakan "Kau tengoklah nanti. Gambar aku lagi besar dari gambar kau! Siap terampang di muka depan surat Khabar di Malaysia!! Kau tunggu la..." Aku gelak besar dengan percakapannya yang penuh yakin itu. Pada fikiranku waktu itu hanyalah dia hanya cemburu lanrtas aku membalas "Dengki la tu..". 

Hari demi hari peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir, Aku rajin megulangkaji pelajaran bersama Huda, bergurau senda dan kadang kala makan pun bersama. Pernah suatu ketika, waktu belum masa rehat, aku dan huda telah keluar awal. Akhirnya kami dimarahi oleh guru bertugas pada waktu itu. Cerita kami ditangkap menjadi bahan ejekan dikelasku. Sejak itu, kami tidak berani lagi untuk keluar sebelum waktu ditetapkan. 

Masa berlalu begitu pantas. Hampir tiga minggu lagi peperiksaan akan bermula. Sikapnya terhadapku yang berubah menjadi sangat mesra sejak akhir-akhir ini membuatkan aku sangat hairan, Namun aku tidak memikirkan apakah puncanya Huda berkelakuan begitu kerana orangnya memang sentiasa berkelakuan pelik. Petang itu, kami pulang ke rumah menaiki bas Metro. Dalam perjalanan Huda ada menyatakan keinginannya hendak makan roti canai, tetapi aku tidak menghiraukannya. Ketika itu, aku berkata " Kau ni.....apa mimpi nak makan roti canai? Chot tak ada duit lah." Huda membalas "Boleh la... Kali ni je... aku teringin nak makan roti canai dengan kau. Mana tahu ni kali terakhir aku makan dengan kau. Aku nak pergi dah.."
"Kau nak pergi mana?"
"Adalah.. yang pasti jauh dari sini. Kau tak payah tahu lah.."
"Suka hati kau la Huda...Dah sampai rumah esok je kita makan dekat mapley.."
"Oke janji tau esok.. Bye Chot. Jaga diri kau baik-baik. Aku sayang kau..

"Terbangkitnya aku dari sebuah kematian, seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan.." suara Huda menyanyi dengan sayu pada hari itu waktu sekolah. Oleh kerana keadaan kelas yang tidak terkawal pada masa itu, aku menjerit padanya. "Hoi Huda! Diamlah! Tahu suara sedap kalau kau tak nyanyi lagi sedap." Huda membalas "Okay lah. Aku diam. Duduk la dengan aku borak-borak dengan aku". Aku pun menurut kehendaknya lalu duduk disebelahnya."Aku tak sabar nak raya. Tahun ni aku ingat nak beli baju raya warna putih lah. Macam baju orang nak nikah tu.. mesti cantik macam mama aku kan.. Hahaha". Aku hanya mecebik malas melayan ceritanya yang seakan mula berfantasi.

Beberapa saat kemuadian, kedengaran dentuman, jeritan suara yang kuat, terasa seperti bas naik ke atas bonggol jalan raya. Tidak ku sangka rupa-rupanya dentuman itu dari bawah bas! Jeritan Huda yang terakhir aku dengar itulah kali terakhir. Bonggol yang kurasakan itu adalah tubuh sahabatku yang digilis bas. Aku turun dari bas dan menjerit melihat keadaan sahabatku begitu. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir membasahi pipi.

Huda kemalangan semasa turun dari bas. Teringat kata-katanya sebentar tadi ketika menyatakan keiginannyauntuk makan roti canai bersamaku hanyalah sekadar alasan untuk bersamaku. Aku juga tidak menyatakan kata-katanya yang mengatakan bahawa gambarnya akan tersiar di akhbar benar-benar menjadi kenyataan. Maafkan aku......Huda.

Air mata terus mengalir. Aku rasa terkilan tidak dapat menunaikan permintaannyayang terakhir. Andai itu takdirnya Huda, Aku terima dengan hati yang redha dan berharap agar roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang solehah.

Kini bertahun berlalu. Kenangan kami bersama akan sentiasa tersemat dalam sanubariku. Apa yang mampu aku berikan hanyalah doa dan AL-FATIHAH..




















No comments:

Post a Comment